Barangan keperluan asas yang boleh di beli
Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.
Senarai Barangan MyKasih
Bila dah dapat tahu permohonan MyKasih diluluskan, satu soalan penting mula muncul apa sebenarnya barang yang boleh dibeli guna bantuan ni? Ada yang dah sampai ke kedai, tunjuk MyKad, tapi bila nak beli barang, juruwang kata “barang ni tak termasuk dalam senarai.” Itu belum masuk lagi kes terlupa PIN, tak boleh buat bayaran atau tak tahu langsung macam mana proses kat kaunter.
Masalah ni bukan satu dua orang je hadap. Ramai penerima bantuan rasa keliru sebab tak ada senarai rasmi yang mudah difahami, siap dengan jenama dan kategori barang. Bila salah beli, duit bantuan tak ditolak pun dari MyKad terpaksa bayar guna duit sendiri. Sia-sia saja.
Kami senaraikan semua barang MyKasih yang boleh dibeli ikut kategori, siap dengan contoh jenama, dan kami tunjuk langkah demi langkah cara guna MyKad MyKasih di kedai, termasuk kalau terlupa PIN atau nak tukar PIN.
Senarai Barang MyKasih Yang Dibenarkan (14 Kategori)
Program ini hanya benarkan pembelian ke atas barang keperluan asas, bukan semua barang di kedai. Berikut senarai lengkap barang MyKasih yang anda boleh beli beserta jenama yang biasa dijual di pasaraya terlibat:
1. Beras
Barangan ruji paling penting. Jenama yang dibenarkan termasuk:
- Jasmine
- Jati
- Saga
- Bernas
- Faiza
- Cap Gajah
- Cap Masjid
- Beras Wangi Cap Rambutan
2. Roti
Sumber karbohidrat yang cepat dan mudah. Pilihan jenama:
- Gardenia
- Massimo
- Mighty White
3. Telur
Sumber protein penting, boleh digunakan dalam pelbagai masakan. Jenama seperti:
- CP
- NutriPlus
- QL Eggs
4. Minyak Masak
Kegunaan harian, terutamanya untuk menggoreng dan menumis. Jenama:
- Alif
- Saji
- Knife
- Seri Murni
- Daisy
- Buruh
- Vesawit
5. Tepung
Untuk masakan dan membakar. Jenama yang dibenarkan:
- Blue Key
- Cap Sauh
- Faiza
- MFM
- Cap Ros
6. Biskut
Sebagai kudapan atau bekalan tenaga segera. Jenama:
- Munchy’s
- Tiger
- Chipsmore
- Julie’s
- KERK
- Hwa Tai
- Jacob’s
- Hup Seng
- Kraft Foods
7. Mi Segera
Mudah dimasak dan murah. Pilihan jenama termasuk:
- Maggi
- Indomie
- Mamee
- Mi Sedaap
- Cintan
- Econsave
8. Minuman
Untuk kegunaan harian di rumah atau bekalan anak ke sekolah:
- Dutch Lady
- MILO
- Nescafé
- BOH
- F&N
- Fernleaf
- Marigold
- Horlicks
- Quaker
- Vico
9. Makanan Dalam Tin
Alternatif makanan siap yang tahan lama:
- Ayam Brand
- TC Boy
- Yeo’s
- Adabi
- King Cup
- Kimball
10. Bahan Perasa
Melengkapkan rasa masakan di dapur. Jenama yang biasa:
- Maggi
- Kimball
- Puteri
- Adabi
- Planta
- Jalen
- Faiza
- Life
- Tamin
- Babas
- Mak Siti
- Cukup Rasa
- CSR (gula)
11. Produk Kebersihan Peribadi
Barangan asas untuk penjagaan diri:
- Colgate
- Kotex
- Dettol
12. Ubat-Ubatan
Bantuan ubatan ringan yang boleh dibeli di farmasi atau pasar raya:
- Prospan
- Hurix’s
- Panadol
- Strepsils
- Sterimar
- Difflam
13. Barangan Persekolahan
Untuk anak-anak yang masih bersekolah:
- Bata
- Canggih
- Campap
- Stabilo
- Staedtler
- Faber-Castell
14. Barangan Kebersihan Rumah (TERKINI)
Kategori terbaru yang termasuk:
- Sabun & serbuk pencuci pakaian
- Sabun pinggan mangkuk
- Pencuci lantai
Nak Semak Status Bantuan? Boleh Guna Portal Online
Kalau anda nak tahu bantuan dah aktif ke belum, atau bila kemasukan seterusnya, boleh buat Semakan MyKasih secara atas talian. Masukkan nombor MyKad anda dan anda akan nampak maklumat terkini bantuan anda, termasuk baki dan sejarah pembelian.
Bantuan MyKasih ni memang banyak membantu rakyat dalam waktu yang mencabar sekarang. Tapi pastikan anda tahu apa yang boleh dibeli dan bagaimana nak guna kad dengan betul. Salah satu sebab ramai gagal guna bantuan ni adalah sebab kurang maklumat jelas tentang senarai barang dan cara guna.
Semoga dengan panduan yang kami sediakan ini, urusan anda di pasaraya lebih lancar dan tak perlu lagi rasa segan di depan kaunter. Kalau nak lebih senang, simpan senarai ni atau cetak dan bawa bersama masa membeli-belah.
Kalau ada sebarang persoalan lanjut, boleh terus hubungi talian rasmi MyKasih, atau semak sendiri melalui aplikasi dan laman rasmi yang disediakan.
Cara Guna MyKad Untuk Bayar Barang Bantuan MyKasih
Bantuan MyKasih ni istimewa sebab tak perlukan kad khas cuma guna MyKad anda je. Tapi ada langkah-langkah tertentu yang wajib ikut, kalau tak, transaksi tak akan berjaya.
1. Tunjuk MyKad di Kaunter Juruwang
Bila sampai di kaunter selepas pilih barang, serahkan MyKad kepada juruwang. Mereka akan semak status bantuan anda dan pastikan barangan yang dibeli termasuk dalam kategori yang dibenarkan oleh sistem MyKasih.
2. Masukkan PIN 6-Digit Anda
Lepas pengesahan, anda akan diminta masukkan PIN 6-digit anda. PIN ni berfungsi macam kad debit biasa untuk sahkan pembelian. Kalau ini pembelian pertama anda, baca bahagian seterusnya tentang tukar PIN.
Pertama Kali Beli Guna MyKad? Ini Cara Tukar PIN MyKasih
Untuk pembelian kali pertama, anda tak boleh terus guna PIN kekal. Anda perlu tukar dulu PIN sementara kepada PIN baru.
PIN sementara adalah 6 digit pertama MyKad anda. Anda perlu:
- Tunjuk MyKad di kaunter semasa pembelian pertama.
- Juruwang akan bantu buka terminal tukar PIN.
- Masukkan PIN sementara.
- Masukkan PIN baharu pilihan anda dan sahkan.
Pastikan anda ingat PIN baru ni, sebab anda akan guna untuk semua transaksi selepas ni.
Terlupa PIN MyKasih? Ini Cara Reset Guna Aplikasi
Kalau terlupa PIN dan tak boleh buat pembelian, jangan risau. Anda boleh reset semula PIN guna aplikasi rasmi MyKasih di telefon bimbit anda.
- Muat Turun Aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store.
- Log masuk dan pergi ke bahagian Profil.
- Pilih menu “Tetapkan Semula PIN.”
- Anda akan nampak semula PIN sementara (6 digit pertama nombor MyKad anda).
- Gunakan PIN sementara ini semasa transaksi seterusnya dan tukar kepada PIN baru.
Kalau ada masalah teknikal, boleh hubungi pihak MyKasih di 03-7720 1800 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin – Jumaat, kecuali cuti umum).
Soalan Lazim
Tidak. Anda hanya boleh membeli barang yang termasuk dalam kategori dan jenama yang telah diluluskan sahaja. Jika anda beli barang di luar senarai, sistem MyKasih tidak akan tolak dari bantuan anda, anda perlu bayar guna duit sendiri.
Anda boleh rujuk senarai rasmi yang kami kongsikan di atas. Semasa di kedai, anda juga boleh bertanya pada staf atau juruwang. Mereka boleh bantu semak dalam sistem jika barang tersebut layak atau tidak.
Tidak semestinya. Walaupun barang tersebut berada dalam kategori yang dibenarkan, jika ia dibungkus sebagai set promosi atau combo, ia mungkin tidak layak untuk ditebus guna MyKad. Lebih selamat beli item satu per satu dalam bentuk asal.
Ada beberapa kemungkinan:
– PIN anda salah atau belum ditukar daripada PIN sementara.
– Barangan tersebut walaupun dalam kategori betul, tetapi jenama tak tersenarai.
– Sistem kedai mengalami masalah sambungan dengan sistem MyKasih.
– Bantuan anda belum aktif atau sudah habis digunakan.
Ya, selagi jumlah bantuan masih mencukupi dan semua barang dalam senarai yang diluluskan, anda boleh beli ikut keperluan anda. Tapi belanja dengan bijak utamakan makanan asas dulu.
Tidak boleh. Bantuan adalah individu dan hanya sah digunakan oleh pemilik MyKad yang berdaftar. Setiap transaksi memerlukan masukkan PIN 6-digit yang hanya diketahui oleh penerima bantuan.