MyKasih 2025

Program MyKasih ialah satu inisiatif kebajikan berasaskan teknologi yang diperkenalkan oleh Yayasan MyKasih, bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan, terutamanya dari golongan B40. Berbeza dengan bantuan tunai biasa, MyKasih menggunakan sistem transaksi tanpa tunai (cashless) di mana bantuan disalurkan terus ke nombor MyKad penerima, dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya yang mengambil bahagian.

Program MyKasih lebih telus, terkawal dan memastikan bantuan digunakan untuk tujuan yang betul iaitu pembelian makanan dan barangan asas.

Bantuan MyKasih

Terdiri daripada beberapa inisiatif yang berbeza, semuanya bertujuan untuk membantu golongan B40, miskin bandar, dan komuniti yang memerlukan melalui kaedah bantuan tanpa tunai yang dipautkan terus kepada nombor MyKad penerima.

Food Aid Programme

Program Bantuan Makanan ialah satu bentuk bantuan kebajikan yang memberi kredit bulanan antara RM80 hingga RM100 kepada penerima yang layak, untuk digunakan membeli barangan keperluan asas.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

SARA adalah bantuan bersasar yang diberikan kepada isi rumah dan individu bujang berpendapatan rendah yang telah disenaraikan dalam data e-Kasih dan STR (Sumbangan Tunai Rahmah)

Student Literacy

Student Literacy Programme ialah program yang menyasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah dari latar belakang keluarga miskin, miskin tegar dan mempunyai akses kepada bahan pendidikan asas.

Skill & Enterpreneurship Trainning

Program Skill & Entrepreneurship Training (Latihan Kemahiran & Keusahawanan) MyKasih merupakan satu inisiatif yang memberi peluang latihan percuma dan bersijil kepada penerima bantuan MyKasih.

Health Awareness

Bantuan Health Awareness MyKasih ialah satu inisiatif khas di bawah Yayasan MyKasih yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan penjagaan diri dalam kalangan komuniti berpendapatan rendah (B40).

Children’s Education

Program ini menyediakan bantuan khusus kepada pelajar sekolah dalam bentuk bantuan bukan tunai (cashless aid) yang terus dimasukkan ke dalam akaun penerima dan hanya boleh digunakan untuk keperluan pendidikan.

Perkhidmatan

MyKasih menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan Program MyKasih untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan yang layak dan menggunakannya dengan lebih efisien.

Semakan MyKasih

Bantuan dah masuk ke belum? Jom semak status MyKasih anda secara online!

MyKasih Login

Log masuk ke portal MyKasih sekarang untuk semak status bantuan anda!

MyKasih Barangan

Tebus barangan keperluan harian seperti beras, gula dan banyak lagi hanya dengan MyKad.

Maklumat MyKasih

Ketahui segala yang anda perlu tahu tentang Program MyKasih dari semakan status, jenis bantuan hingga lokasi penebusan. Klik untuk baca berita lengkap dan sahih sekarang.